Terakhir dikemas kini: 29 Jun 2026
Selamat datang ke eKariah. Dengan mengakses atau menggunakan platform di ekariah.com.my, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini. eKariah dikendalikan oleh Nexdata Technologies Sdn. Bhd. (1208921-D).
eKariah ialah sistem pengurusan masjid berasaskan web (SaaS) yang membolehkan pentadbir masjid menguruskan keahlian kariah, kutipan sumbangan, pengumuman, aktiviti, dan laporan kewangan. Sesetengah ciri memerlukan langganan berbayar (pelan Premium).
eKariah menyediakan kemudahan kutipan sumbangan (derma) secara dalam talian bagi pihak masjid. Kami hanya bertindak sebagai penyedia platform; tanggungjawab terhadap penggunaan dana sumbangan terletak pada masjid/pihak penerima. Sumbangan yang telah dibuat secara amnya tidak boleh dikembalikan (rujuk Dasar Bayaran Balik).
Anda bersetuju untuk tidak:
Semua perisian, reka bentuk, dan jenama eKariah adalah hak milik Nexdata Technologies Sdn. Bhd. Data masjid kekal milik masjid masing-masing.
Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar Terma Perkhidmatan ini. Anda juga boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.
eKariah disediakan "sebagaimana adanya". Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung yang timbul daripada penggunaan platform.
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di hello@ekariah.com.my atau WhatsApp +60 19-545 1513.