Terakhir dikemas kini: 29 Jun 2026
Dasar Bayaran Balik ini terpakai untuk langganan pelan Premium eKariah, perkhidmatan yang dikendalikan oleh Nexdata Technologies Sdn. Bhd. (1208921-D) di ekariah.com.my.
Langganan eKariah ialah perkhidmatan digital (SaaS) yang memberikan akses serta-merta kepada ciri-ciri pengurusan masjid. Memandangkan akses diberikan sebaik sahaja pembayaran disahkan, langganan pada amnya tidak boleh dikembalikan bayaran (non-refundable). Tiada barang fizikal dihantar, maka tiada dasar penghantaran (shipping).
Walaupun langganan pada amnya tidak boleh dikembalikan, kami akan memberikan bayaran balik atau kredit dalam keadaan berikut:
Anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa. Pembatalan akan menghentikan pembaharuan automatik akan datang; akses Premium kekal sehingga tamat tempoh yang telah dibayar.
Permohonan bayaran balik mesti dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi dengan menghubungi hello@ekariah.com.my. Sila sertakan e-mel akaun, nama masjid, tarikh & jumlah transaksi, dan sebab permohonan.
Setiap permohonan dinilai secara kes demi kes. Bayaran balik yang diluluskan akan dikembalikan ke kaedah pembayaran asal dalam tempoh 7–14 hari bekerja.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan pembayaran atau bayaran balik, hubungi hello@ekariah.com.my atau WhatsApp +60 19-545 1513.